top of page

7 KELEBIHAN MEMBELI KERETA DENGAN CARA SAMBUNG BAYAR PADA TAHUN 2017-2018

  • Writer: Miss Faraa
    Miss Faraa
  • Jan 26, 2018
  • 3 min read

Tahun 2017-2018 merupakan tahun yang paling baik bagi mereka yang memilih untuk membeli kereta dengan cara sambung bayar. Sebab apa ianya ialah tahun terbaik? Mengikut ramalan pakar ekonomi, tahun ini juga kebanyakan pemilik kenderaan sudah tidak mampu untuk membayar balik ansuran bulanan kereta mereka.


Cara paling baik untuk menyelesaikannya adalah dengan menjual kereta dengan cara sambung bayar.

Ramai tidak tahu di Malaysia sangat ramai yang suka membeli kereta dengan cara sambung bayar. Mungkin ada yang masih baru dalam kalangan pelawat website ini yang tidak tahu kelebihan membeli kereta dengan cara sambung bayar.

Di artikel ini, kami akan kongsikan kelebihan kelebihan membeli kereta dengan cara sambung bayar.


1.Nama tidak masuk dalam senarai CCRIS. Kebanyakan pembeli kereta sambung bayar sedia maklum bahawa hutang pinjamam kereta yang bakal dibeli masih lagi diatas nama pemilik lama sehingga segala bayaran ansuran bulanan berjaya dilunaskan. Kelebihan disini, nama pembeli baru langsung tiada dalam rekod pinjaman mana mana bank. Bermakna nama bersih. Nak buat loan lain macam loan rumah pun senang sebab dalam rekod kita tak banyak hutang.


2.Boleh tukar kereta setahun sekali. Ramai tidak tahu membeli kereta dengan cara sambung bayar ialah cara yang digunakan oleh kebanyakan bangsa Cina sebagai simbol menzahirkan kekayaan mereka. Kereta yang di beli dengan cara sambung bayar boleh ditukar kepada kereta model lain tanpa perlu keluarkan sesen pun. Nak tahu Teruskan membaca hingga habis.


3.Tidak perlu mengenai sebarang jenis cukai pembelian seperti mana cukai yang dikenakan keatas pemilikan kereta baru.

Bagi yang mempunyai pengalaman membeli kereta baru dengan menggunakan pembiayaan bank pasti tahu mengenai kos kos tambahan seperti caj servis dan cukai tambahan yang dikenakan. Perkara ini sangat membebankan. Kadang kadang deposit yang dibayar habis untuk cover cukai dan service charge sahaja.


4.Urusan yang pantas. Jika membeli kereta dengan menggunakan pembiayaan bank, banyak masa dihabiskan hanya dengan menunggu sahaja. Itu pun belum tentu lulus atau pun tidak. Membeli kereta dengan cara sambung bayar, segala urusan boleh dipercepatkan. Ada pengusaha kereta sambung bayar berpengalaman boleh selesaikan proses jual beli dalam masa 2 jam sahaja.


5.Tidak memerlukan kelayakan pendapatan dan dokumen yang cerewet seperti pinjaman bank. Proses birokrasi memohon pembiayaan sewa beli kenderaan yang ditetapkan oleh pihak bank sebenarnya melecehkan segala urusan.


Kadang kadang, pembeli yang layak pun sampai sudah tidak berminat untuk berurusan dengan pihak bank kerana urusan yang melecehkan ini. Bagi usahawan dan peniaga baru, mereka perlukan kenderaan sebagai aset untuk meyakinkan pelanggan mereka. Untuk usahawan dan peniaga baru memang kami biasa bekalkan kereta sambung bayar ini.


6.Kereta boleh dijual semula pada bila bila masa jika sudah bosan atau ketika keadaan ekonomi tidak memberangsangkan.

Inilah namanya fleksibel. Beritahu kami jika ada cara lain yang boleh benarkan kereta ditukar pada bila bila masa dengan cara yang paling menjimatkan. Anda sudah bosan memandu BMW, anda boleh tukar kepada Mercedes pada bila bila masa. Perniagaan tiba tiba tak bagus, anda boleh jual pada bila bila masa untuk dapatkan semula modal. Menarik kan?


7.Keadaan kereta lebih elok berbanding membeli kereta terpakai yang sudah dimamah usia. Kebanyakan kereta yang dijual dengan cara sambung bayar, usia kereta tersebut di bawah


5 tahun. Kelebihan disini ialah kos penyelenggaraan kereta tersebut tidak tinggi dan tidak perlu dibaiki apa pun. Paling best, dapat kunci dan boleh terus pandu tanpa sebarang kerungsingan.

Jika Tuan atau Puan dalam kalangan pembaca artikel ini ingin mengetahui lebih mendalam cara membeli kereta sambung bayar dengan cara yang menguntungkan dan sah di sisi undang undang, kami sentiasa available untuk memberikan khidmat nasihat secara PERCUMA kepada pihak Tuan atau Puan.


Tuan atau Puan juga boleh menempah lebih awal model kereta yang ingin dibeli jika kereta yang diinginkan sudah kehabisan dalam stok simpanan kami. Kami boleh dihubungi pada bila bila masa.


Untuk fast response, boleh terus click link whatsapp di bawah ni:- http://sayanakkereta.wasap.my

 
 
 

Recent Posts

See All
Apa itu kereta sambung bayar?

Jika ingin jual beli kereta cara sambung bayar, anda perlu tahu apa itu #keretasambungbayar. Secara ringkasnya #kereta sambung bayar...

 
 
 

Comments


bottom of page